Sunday, November 29, 2015

Epilog Diri Ini...

Diam tak diam, rupanya dah setahun stgh x update blog, last update bulan puasa tahun lepas. Sungguh lama rasanya x menjengah ke dalam ni. Since dah lama x update blog, mcm2 bnda aku nk tulis dalam ni tpi masa sgt membataskan segalany. Insyallah, bsok lpas blik kje aku update. Selama setahun stgh ni macam2 bnda yg aku lalui, dan ni buat aku tazzabar nk citer lebih lanjut dalam post yg seterusnya... Assalamualaikum, gudnyte!

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Dan Cinta

Pejam celik dah sampai bulan puasa rupanya dan ini bermakna dah 3 tahun aku berpuasa di Bandar Anggerik ni. Dari semua kenangan yang aku telah lupakan namun ada satu saja yang masih bermain di benakku ini. Sejak 3 tahun lepas aku masih cuba melupakan semuanya namun setiap kali ramadhan menjelma, segalanya muncul kembali. 'F' masih menjadi igauan hidup... Tak akan pernah hilang rasa aku akan cinta yang membawa dalam hatiku. Bagai mata tak terpejam, aku masih mengingati dia walaupun aku tahu yang dia mungkin sudah melupakan aku. Namun aku hanya manusia lemah yang tidak mampu melupakan segalanya... Aku mengharapkan ramadhan kali ini memberi seribu makna bagi aku supaya aku dapat mengharunginya dengan sempurna, Amin!

Saturday, March 15, 2014

Permulaan hidup yang kusut!

Hampir 3 bulan aku tak menulis kat sini, masa yang ada selalu mencemburui aku. Aku hanya membiarkan masa berlalu begitu saja tanpa memikirkan apa yang telah aku tinggalkan. Genap setahun aku menyepi dari dunia cinta tanpa menyedari sudah terlalu banyak hati dan perasaan aku sakiti demi memuaskan hati sendiri. Mungkin masa itu aku tidak mengerti apa itu cinta?? Atau mungkin aku terlalu mudah menyerahkan cinta kepada meraka. Awal tahun yang lalu, aku telah berkenalan dengan seseorang yang sememangnya 'type' aku dan aku memang menginginkan pasangan yang seperti itu.

Walaupun kami berkenalan di tempat dan masa yang boleh dikatakan tidak sesuai namun itu tidak menghalang untuk terjalinnya sebuah persahabatan dan mungkin bibit cinta di dalam diam. Aku memberikan number phone aku pada dia tapi terlupa untuk meminta pula phone number dia. Aku tidak berasa apa2 sehinggalah satu malam, seseorang add aku di wechat. Rupanya dia! Aku sedikit teruja kerana kemunculan dia yang tiba2. Pada saat itu, aku merasakan yang munculnya harapan disitu...  Wechat menjadi medium perhubungan kami dan instagram merupakan medium untuk aku mengenali siapa dia sebenarnya. Namun aku sedar, tidak semudah dulu untuk memulakan perhubungan baru memandangka kisah2 masa lalu aku yang masih menghantui diri. Aku tidak mahu meletakkan harapan kerana perkenalan kami baru bermula. Aku hanya berkomunikasi dengannya melalui Wechat saja.

Walaupun cuti masih lama tapi aku pulang awal ke rumah sewa kerana terlalu bosan di kg halaman. Selang beberapa jam, Iphone ku berbunyi, rupanya 'Wechat' dia masuk. Dia bertanyakan macam2 kepada aku lalu mengajak aku menemaninya makan malam. Puas aku menolak tetapi die tetap mahukan menemaninya, bermacam alasan, pembohongan dan jawapan aku berikan tetapi suma itu dipandang sepi. Sehinggalah waktu mencecah pukul 11 malam, hati aku mula terbuka untuk keluar dengannya. Tiba-tiba rasa bersalah itu muncul kerana berkelakuan agak kejam sebentar tdi. Aku menerima pelawaan die untuk makan malam.

Selesai bab utk malam itu, aku terus mendiamkan diri sehinggalah aku mengalami demam yang amat teruk. Dia datang melawat aku dan memberi ubat. Rasa terharu pulak di situ, namun aku tetap mendiamkan diri selepas itu. Hanya die yang rajin 'wechat' aku tapi semua we chat dari die aku hanya reply sepatah2. Sehinggalah dia cerita yang dia meminati seseorang dan disaat itu harapan aku agak musnah disitu. Bila aku bertanyakan siapa, dia nekad tidak mahu memberitahu. Yang aku mampu hanyalah memberi semangat dan support sebagai seorang kawan walaupun di dalam hati ni, agak kecewa sedikit. Sudah hampir 2 minggu dia menyepi dari aku dan secara tiba-tiba terbit perasaan rindu. Aku tertanya2 kemanakah dia menghilang?? Merajuk kah??

Aku tidak tahu di mana penamatnya cerita aku dan dia, aku tak mahu menaruh harapan dan aku sebenarnya nak mulakan kehidupan baru tanpa ada rasa kecewa sekali lagi. Cukup 12 orang bekas kekasih yang aku miliki, aku tidak mahu menambah koleksi dan bilangan tersebut. Kadang2 aku merasa kusut dengan semua ini, aku nak bebas! Bebas seperti burung yang terbang kemana saja tanpa ada halangan.....

Tuesday, December 24, 2013

Sepi Malam by Affie Mikael

Di malam yang sepi ini,
Daku sering termimpi-mimpi,
Mimpi yang tidak pernah pasti,
Apakah ia suatu realiti.

Tiap malamku bertemankan sepi,
Bertemankan sepi yang tidak diingini,
Inginku curah segala resah hati,
Namun tiada siapa yang ingin mendengari.

Pabila malam kian menjelma,
Aku seakan makin menderita,
Pilu hatiku tidak terkata,
Kerna aku tidak punya sesiapa,
Untuk aku kongsikan segala rasa.

Sepi ini mula membunuhku,
Membunuh perasaanku satu persatu,
Semua rasaku tidak menentu,
Memikirkan apa yang akan berlaku.

Di muara sepi aku berdiri,
Menanti dan terus menanti,
Apakah semua ini akan kekal begini,
Apakah ianya tidak terhenti.

Monday, October 7, 2013

Sandiwara Cinta by Affie Ashrav

Mengapa?
Kau nyalakan api,
Nyalakan api cinta ini,
Kau bakar jiwa yang merana.

Mengapa?
Kata manismu buatku yakin padamu,
Membuat hatiku ditusuk sembilu,
Serta membuatku terlena dengan sandiwaramu.

Mengapa?
Rindu padamu setiap hari,
Bayang dirimu menggoda hati,
Sehingga semuanya memakan diri.

Mengapa?
Kini ku rasakan lain di hatiku,
Kau diam tanpa kata seribu,
Sering kau marah tanpa alasan,
Membuat aku tidak tertahan.

Mengapa?
Katakan saja apa mahu mu,
Bila kau bosan, kau marah dan benci pada diriku,
Walau berat hatiku,
Berat hati melupakanmu.

Mengapa?
Kau bersandiwara kepadaku,
Bosan! Mungkin itu sifatmu,
Benci! Bila ingat dirimu,

Jalanku masih panjang,
Tidak mahu ku toleh ke belakang,
Terserah apa mahu mu,
Aku tidak akan menunggu....




Wednesday, July 31, 2013

Dalam diam.....

Aku telah lama mengenali dia, setahun yang lalu perkenalan kami bermula. Perkenalan kami bermula entah dari mana, kerana semua itu aku telah lupa. Tidak ku sangka rupanya perasaanku terpaut kepada dia walaupun dia tidak mengetahuinya. Tetapi aku tahu cinta aku tidak mungkin di terima kerana kami berbeza. Aku cuba meluahkan perasaan aku terhadap dirinya tetapi semuanya hampa. Dia masih menyayangi kekasih lama, yang sudah bertahun bersama. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berduka dan bermuram durja.

Aku mula berdiam diri, tidak mahu menghubunginya lagi tetapi apakan daya hati ini masih menanti cinta darinya yang belum pasti. Setelah berbulan lamanya, dia muncul kembali. Aku mula menyusun langkah mengatur strategi untuk cuba merawat hati. Aku belum pasti adakah hati dia sudah dimiliki kembali atau masih menyendiri. Semua ini tidak boleh jadi, aku harus menghulur janji. Setelah puas mencuba akhirnya dia mengakui dirinya sudah dimiliki. Sekali lagi terasa sakit hati ini, pedihnya umpama sembilu menusuk hati. Aku puas menunggu tetapi semuanya menjadi begini.

Dia sentiasa bercerita mengenai pasangannya, membuat hatiku gundah gulana. Hati aku meronta-ronta, umpama bertih jagung di atas bara. Tetapi tidak mengapa, aku tahu masanya akan tiba untuk aku memiliki dia. Akan ku coba pelbagai cara untuk memikat hati dia.......

Sepi dan Terpilu...

Sungguh indah dulu saat kita berdua,
Kau dan aku lengkapi semua,
Masihkah kau ingat pada saat dulu, 
Kau dan aku hampir menyatu.
Tapi semuanya kabur, 
Setelah kau pergi dan terus terkubur.

Aku cinta kamu, 
Kau pergi dari ku, 
Mungkin perasaan telah hilang sayang.

Jangan pergi dulu,
Aku perlukan kamu,
Diri ini jadi sepi selepas kau belalu,
Sepi dan terpilu....


Friday, July 26, 2013

Praktikal Oh Internship!

Akhirnya setelah hampir 4 bulan aku tak update blog ni, baru skrg aku tergerak hati nak bukak and tulis balik luahan hati ini. Akhirnya, setelah aku menghabiskan semester pendek aku bulan may yang lalu, tibalah saat yang paling mendebarkan iaitu Latihan Industri selama 3 bulan. The Royale Chulan menjadi pilhan aku untuk memulakan latihan ini. Sekarang sudah hampir satu bulan aku di sini dan aku berjaya menyesuaikan diri aku dgn keadaan kerja yang sememangnya  tidak menentu, biasalah kerja hotel ikut syif kan. Macam2 bnda aku kene alami dgn karenah rakan sekerja and guest yg mcm2. Boleh dikatakan aku 60% sudah bersedia la nak kerja cuma keyakinan diri aku je yang kadangkala naik and turun. Perhatian aku terhadap cinta juga mula beralih perlahan-lahan, aku jarang mengelamun seperti dulu and jarang membawa diri. Semuanya aku curahkan dengan bekerja. Hurmm, maybe sampai sini dlu yang aku mampu tulis, nnt ada masa aku sambung balik ok. Chiowww!