Tuesday, August 16, 2011

Dia by Affie Cullen

Dia,

Wajahmu yang tulus dan suci,

Pabila dititis embun pagi,

Kulitmu yang putih bak salji,

Serta lembutnya seperti bayi,

Akan mula kekal mewangi.

Dia,

Senyumanmu tulus dan jujur,

Membuatku terus tidak keruan,

Jika ku terus diberi peluang,

Ingin aku bawa kau ke kayangan,

Kerna di sana tiada halangan.

Dia,

Bibirmu yang merekah

Persis buah delima yang merah

Serta siap untuk diratah,

Membuat aku tidak betah.

Dia,

Aku senang bersamamu,

Engkau mengisi kekosonganku,

Tetapi ramai yang cemburu,

Kerana engkau menjadi milikku.

Dia,

Aku harap kita akan bersama,

Bersama hingga ke akhir usia,

Kerna engkau yang selalu di mata,

Hanya engkau yang ku cinta.

Pergi by Affie Cullen

Pergi,

Kau tinggalkan aku sendiri,

Terkapai-kapai hampir ditelenggami,

Aku masih tercari-cari,

Apa sebenarnya yang terjadi.

Pergi,

Sepi tanpa kata,

Saat aku masih memerlukan mu,

Kau beredar meninggalkan aku,

Kau pergi tanpa pesanan,

Sedih aku tidak tertahan.

Pergi,

Pemergianmu yang tidak diduga,

Membuat aku mula berduka,

Aku hampir menjadi gila,

Kerna cinta dan kasih yang tiada akhirnya.

Pergi,

Setelah masa berlalu,

Hanya gambar menjadi penawar aku,

Itu saja yang ditinggalkan olehmu,

Itu saja menjadi pengubat rindu.

Pergi,

Aku rindu dengan gelak tawamu,

Hanya kamu yang aku mahu,

Oh ‘F’, hanya engkau yang mampu,

mengubat rindu di hatiku,

Engkau selalu di benakku.

Curang by Affie Cullen

Walaupun tasik kekeringan,

Tak mungkin teratai kan tumbuh di daratan,

Begitulah aku ketika itu,

saat engkau meragut cintaku.

Curang,

Saat engkau tiba,

aku seakan terpana,

Tetapi aku tak menyangka,

kehadiranmu membinasa.

Curang,

Bertahun aku dan dia bersama,

engkau datang tanpa ku duga,

Namun takkan berubah perasaanku,

Serta cintaku terhadap dia,

Walaupun pelbagai rintangan aku harungi,

Kasihku masih utuh berdiri.

Curang,

Engkau dugaku dengan pelbagai cara,

Tapi aku tidak pernah ternoda,

Engkau hanya pandai berpura,

Engkau juga pandai bermain kata,

Kemunculan kau bak seribu tahun menyiksa.

Curang,

Aku tidak sudi melihat engkau lagi,

Walau dalam mimpi tidak kuingini,

Aku rela menjadi teratai yang layu,

Daripada mekar seperti dahulu,

Kerna di dalamnya penuh racun dan hempedu

Merindukanmu


saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

Marah-marah sayang....

Awak... saye nak awak tahu yang saye langsung x marah kat awak... Saye x berhak nak marah awak. Awak tahu yang saye sayang kat awak kan?? Saya xkan marah awak coz saye bukan orang yang layak nak marah awak... Saye bukan bf awak, saye nak awak tahu yang saye cuma xnk ganggu awak bila awak dengan bf awak. Saye cuma xnk jadi penghalang so biarlah saya mendiamkan diri supaya awak dapat menghabiskan masa dengan dia... Awak jangan lah risau coz saye baik2 jew kat sini, awak jage lah diri awak coz nanti nak keje. Lg satu jaga kesihatan awak coz xnk awak amik ubat tdo lah disebabkak awak x leh tdo... Saya xnk kesihatan awak terganggu...
Wlaupun sebenarnya hati saye meronta-ronta nak mesej awak tpi saye tahan coz saye xnk ganggu awak. Lgpun bukan hari2 awak dpt bersama dengan dia.... Saye sentiasa merindui awak setiap masa coz hanya awak dlm hati saye.... Cuma saye harap ape yang kita plan dulu terlaksana...