Friday, December 28, 2012

Kenangan 3 Malam umpama One Night Stand


Hurm, lama jugak aku x menulis dlm ni, almost 2 months. Btw, cinta yang aku harapkan daripada kenangan 3 malam aku dulu tidak kesampaian. Aku tak tahu di mana silapnya, maybe ada hikmah aku x couple dgn die. Lgpun aku rasa die x sesuai untuk aku. Bekas aku jgak telah mengakhiri hubungan cinta die and die couple pun x smpai sebulan. Seriously aku ckp, kenangan 3 malam aku dulu tu sebenarnya cuma one night stand. Now, i realised that everythings started to early. Lupakan die and bina hidup baru. Perancangan lamaran yang aku plan dulu pun tidakl menjadi setelah 2 kali di tolak oleh kenangan 3 malam itu. Slpas die reject proposal aku, aku terus jadi tawar hati and menyampah. Aku rasa seperti dipermainkan sahaja. Die boleh senang2 flirt2 dlm twitter and biar aku tgk. Aku x boleh ada couple mcm tu, menyakitkan hati lagi ada. No wonder la ex die couple ngan kawan baik die plak. Btw, aku pun dah ada cinta hati baru. Lagi bagus dari dulu. Skrg aku lebih bahagia and gembira kerana cinta hati sekarang lagi caring. Bye... bye...

Tuesday, November 6, 2012

Pudar

Aku rasakan pudar di dalam hati ini, kisah cinta kita yang ada dalam hatiku juga semakin pudar. Aku lelah dengan semua yang ada, ingin aku lepaskan semuanya. Setan dalam hati pun ikut berkata, menyuruh aku untuk berselingkuh saja. Aku akui aku punyai banyak teman tetapiku tetap tak bahagia....

Mestinya kau carik pengganti diri aku saja, kerana kita memang tak saling menghadapinya. Pastikan cerita tentang hubungan kita akan berlalu akan terus dalam ingatan benakmu... Maafkan aku jika ini mengecewakan kau, diriku bukanlah untuk dirimu jika benar semua kan berakhir kerana hatiku sudah amat terluka...

Setia Ku Disini

Hurm, aku masih lagi di sini, Masih lagi berdiri dan menanti apakah yang akan terjadi? Setiap hari aku tertunggu apakah yang akan aku lakukan demi masa depan aku.. Adakah aku harus beralih arah ataupun masih menanti harapan yang kian tidak pasti... Walau aku sedar, kau semakin menjauh dari sisi.

I masih engat kata2 u dahulu. 2 kali you mengatakan yang you masih tidak bersedia menerima cinta dari I sedangkan pada awalnya you menyuruh I melamar you. Selepas itu, I masih menanti untuk you berubah hati dan menerima kembali cinta. Tetapi I rasa I seperti dipermainkan oleh you sahaja. I tidak mahu penantian I ini berakhir dengan kekecewaan dan I tak mahu you menerima orang yang salah. You seringkali menyuruh I mencari orang lain, tetapi I bertegas untuk menunggu you. I tahu you macam mana. Maybe you xnk hilang I, bila ditakdirkan hubungan kita x menjadi.

You cemburu bila I cakap yang I nak melamar ex I kembali tetapi you sendiri tak pasti dengan perasaan you pada I. Walau apapun, I masih setia menanti you walaupun I tahu untuk mendapatkan cinta you amat sukar. Tetapi i diamkan saja, I lebih rela kita macam ni. You teruskan hidup you, I x kisah begini. I dah biasa jadi begini.....


"Bila i nk propose u, u ckp x ready lagi. Now, bila ex i dah kembali, u pulak jealous."


Wednesday, October 24, 2012

SINISTER! Filem paling seram??



Woooo! FYI, aku baru jea habis menonton filem ni. At first aku rasa mcm citer ni merepek coz i never watch the trailer before and just heard about it from my friends. Mula2, engat citer ni xder apa2 la sgt. Tapi bila dah habis tgk perrghhh seremm jgak! Mana x nye, muka hantu tu menakutkan gila. Just x puas hati coz hantu tu lambat sgt keluar. Bengang jgak mula2 tu tpi i can feel that something gonna happen in the middle of these story.


Budak2 ni suma adalah mangsa2 hantu yg bernama Bughul tu. Firstly, Ellison just nak buat cerita for his new book but he found something that changed their perception about ghost coz he never believe in ghost or paranormal. Then, hantu2 ni mula kacau dia pada waktu malam sewaktu dia sedang asyek mengumpul bahan untuk bukunya itu. A lot of things happen since they live at the house. Sebenarnya rumah yg didiami oleh Ellison dan keluarganya telah berlaku satu pembunuhan.


Ellison mendapati kejadian pembunuhan yg berlaku itu ada kaitan dgn hantu dan kejadian pembunuhan yang berlaku sejak tahun 1960-an. Tanpa disedarinya, dia telah memperjudikan sekali nyawa anak dan isterinya dan hantu bughul mula menganggu ketenangan beliauu... If nak tahu pasal cerita ni lebih lanjut, pg la ke pawagam yang berdekatan...=)


Inilah rupa hantu bughul tu. Aku tgk pun meremang bulu roma...

Tuesday, October 23, 2012

Hati

Hurmmmm, memang hobi aku karang sajak dan puisi, Eventhough sajak tu sedap or x bunyinya tapi aku just membuatnya sebagai habi di waktu lapang. Dah mcm2 puisi and sajak yang aku tulis, antaranya CURANG, Rindu Setengah Mati, Muara Sepi, Muara Sesalan, Pergi dan mcm2 lagi. Dulu guru2ku selalu menyuruh aku mengirim karya2 aku semua ke syarikat surat khabar  majalah tetapi aku tidak mahu, coz aku rasa ada yang lebih layak lagi. Bukan aku tidak mempunyai keyakinan diri cuma aku x nak publisiti or karya aku di siarkan. Bagi aku, apa yang aku karang itu bukan untuk tatapan umum. Ianya cuma luahan hati ini. Now, terimalah sajak terbaru aku bertajuk "HATI"





Hati,
Apa yang kau cari,
Apa yang kau nanti,
Adakah kau masih masih bermimpi,
Bermimpi di siang hari.

Hati,
Adakah kau dahaga,
Adakah kau dahagakan cinta,
Cubalah kau nyatakan,
Walau kau dalam kepahitan,
Asalkan terjawab segala persoalan.

Hati,
Aku tidak mahu berpatah arang,
Aku tak ingin memandang kebelakang,
Aku juga tidak mahu mengulang,
Segala kesilapan lalu,
Yang aku buat dahulu,
Kerana ia akan menyiksamu.

Hati,
Walaupun engkau telah dilukai,
Engkau tidak pernah menyimpan api,
Api yang boleh membakar diri.


Hati,
Aku tahu engkau suci,
Kerana itulah kau mudah dikhianati,
Hanya Tuhan yang lebih tahu,
Segala derita dan seksa mu itu.

Friday, October 5, 2012

Harga Sebuah Kebahagiaan


kadangkala aku pelik dengan segelintir masyarakat yg sanggup korbankan kebahagiaan yg susah mereka dapati kerana mengikut hawa nafsu. Aku sering tertanya apakah erti sebuah kebahagiaan jika ianya amat mudah ditukar ganti. Kadangkala aku hairan melihat segelintir orang yg membeli kebahagiaan utk mereka sndiri walaupun mereka tahu ianya xkan kekal lama. Macam aku, aku masih mencari-cari lagi kebahagiaan yg aku inginkan. Yess, maybe aku punya bnda yg orang lain tiada spt wang ringgit, kereta, rumah dan harta bnda serta kasih sayang tetapi aku still mencari-cari lagi kebahagiaan yg sebenarnya. Apakah aku juga harus korbankan apa yg aku ada demi mencapai kebahagiaan yg aku ingini?? Jika aku buat begitu? akan berhargakah kebahagiaan itu??? Adakah perubahan yg akan aku lakukan semasa cuti nanti akan memberikan kebahagiaan kepadaku?? Bagi aku, saat bahagia itu akan dtg dan pergi begitu saja. Sesaat dia datang, sesaat dia hilang. Ianya xkan berkekalan dan kita yg harus mempertahankan bnda itu.........


                                         
                                        Saat bahagia bersama 'siblings' beraya bersama tahun lepas



                
                                             Dean's List Awards 2012-Happy la jgak time nie.

Wednesday, September 26, 2012

3 Kata

Kekasih, kau membuat aku rindu saat kau jauh dari sisiku ini. Sayang, walau kau jauh namun rasa percaya yang kau berikan ini mengisi hari ku. Walau kau jauh xkan merubah kesetiaan padamu dan walau jauh xkn merubah 3 kata yg terucap! 3 kata yg pernah aku ungkapkan dahulu masih aku maksudkan hingga ke akhir masa kita. Walau kau jauh xkan aku lupakan kisah 3 malam antara kita. ...

Monday, September 24, 2012

3 Malam

Seminggu lebih yang lalu, merupakan malam yang amat bermakna buat aku dan dia. 3 malam itu jugalah aku dan dia bersama menjalin cinta dengan penuh kasih mesra. Aku tidak menyangka, kehadiran dia membawa seribu makna kepada aku walaupun hanya sementara pertemuannya. 3 malam aku dan dia menyemai cinta dan berjanji untuk bersama. Kenangan antara kami tidak akan aku lupakan begitu juga dgn 3 malam. Hening malam aku dan dia menari bersama di dalam bilik sambil merapatkan dahi kami. Aku memeluk dia seeratnya supaya dia tidak terlepas dari pelukanku dan supaya dia berasa selamat berada dalam dakapanku. 

Sesungguhnya malam itu amat tidak dijangka, aku tidak sudah2 mengucup dahinya tanda aku sgt menyayangi dia. Aku mengusap rambutnya dan menggengam erat tangannya. Aku mahu dia tahu yang aku tidak akan lepaskan dia dan akan sentiasa mengingati dia. Alangkah indahnya jika aku dapat mengulangi semua 3 malam yang berlalu sekelip mata itu. 3 malam amat memberi seribu makna. Duhai 3 malam.......

Thursday, September 20, 2012

Biarlah Ku Sendiri

Setiap kali aku sendiri, aku sering memikirkan kenangan lalu aku. Tak tahu kenapa, satu persatu kenangan itu muncul. Aku tahu bnda itu susah utk di lupakan tetapi tak boleh ke biarkan aku sendiri?? Aku nak mulakan hidup baru dengan orang yg aku sayang. Setiap semester aku ubah cara hidup aku kepada cara yg berlainan coz aku inginkan perubahan. Aku bukannya apa, just follow the concept "peoples change" but sometimes i realized that maybe my changes are too much. I know some of them cannot accept my changes but i try to improve and made myself better each day. I know everybody not perfect but only us can make ourselves perfect, not other people. 
 
 
I started to improve myself by  bought a new clothes, shoes, trousers and other things. I did this not to show off or impress other people but this is my self. I dun care what people said about me and they never enter my imprtant lists. Just biarkan aku sendiri coz aku lagi suka begini. I have my own lifestyle and my way of life. Aku x minx pendapat org lain and aku x ingin hidup aku ditentukan. Kenangan lalu hanya akan berkubur pabila tiba waktu yang sesuai dan skrg sudah tiba masanya aku  bersama dgn orang yg aku sayang. Aku bukan lemah seperti dahulu lagi, skrg aku makin tegas dan aku x peduli dgn orang sekeliling aku. Fikiran aku tertumpu pada diri aku sahaja, yg x penting tu aku x kesah langsung. Hidup, duit, masa, barang and others sumanya aku punya. Tiada org lain boleh ganggu bnda tu!! BIARLAH AKU SENDIRI

                                           

Sunday, September 9, 2012

RubySapphire Travel & Tours



Alhamdulillah, tamat jugak trip yg aku dan group organise smlm. Kaki aku sakit gila coz penat berjalan, makan pun sgt mewah semalam. Participants sgt baik dan mereka sgt mendengar kata. Thanx to them. Btw, aku sgt berpuas hati dgn trip smlm coz x sangka boleh plan one day trip. Mula2 memang aku x sure Putrajaya boleh market tpi lastly, hasilnya amat memberangsangkan. Walaupun kenal x lama, tapi dorg sgt peramah dan friendly. Aku suka moment mkn cake kat Secret recipe semalam, sesi tukar2 and rasa kek antara mereka. Aku rasa dah mcm family giler and moment naik cruise tasik pun best giler babi. Kitaorg mcm share gila experience and saat2 bahagia. Aku harap bnda tu x putus mcm tu jea. First time jumpa junior2 yg x sombong and gerek, suma ok sgt.

                                      

Mula2 naik bus, aku tgk dorg mcm awkward gila nan keadaan sekeliling. Maybe dorg x biasa lagi nan kami semua. Tpi bila dah smpai Putrajaya, everythings change.. They started to be more active, talkative suma. Itu merubah keadaan dan memberi kami keyakinan untuk meneruskan lagi city tour ini. First destination aku bg commentary kat Masjid Besi, everybody looks good. First time masuk tmpt tu. Then proceed to Millenium monument, Seri Perdana, Taman Warisan Pertanian and lastly kt Cruise Tasik. Kat taman warisan tu penat coz berjalan, smpai tercabot lah tapak kasut aku. hahahahahah!!

                                           

Kenangan semalam memang x dpt kami lupakan. Happy gila. Thanx kepada budak2 culinary and kepada yg follow trip smlm. Tanpa korang, memang trip kami x jalan. Hope sgt dpt gather mcm smlm balik. Lpas ni if kitaorg ada buat event or trip, kitaorg akan ajak korang suma.



Thanx jugak kat group2 member aku coz berhempas pulas smpai tension2 pk mcm ne nk buat trip ni menarik. Tnpa korang jgak, trip ni xd langsung. Lpas ni kitaorg kene berhempas pulas untuk final plak. X sangka dpt team member yg sengal mcm korg. Walaupun ada mcm2 masalah tpi still dpt atasi bersama and lancarkan segalanya.


P/S: hope korg jadi junior and student yg berjaya dgn result2 yg meletup. Kekalkan attitude mcm semalam, dun be naughty ok. Luv u olls! hahahaha... dgn kitaorg, korg x payah nak rasa kekok or malu. Just anggap kitaorg mcm kawan korang, senang mcm tu. If ada apa2, just tanya kitaorg and jgn malu2. Maaf jika ada salah silap or terkurang or tersalah ckp smlm semasa trip. 
   

                                       THANK YOU VERY MUCH GUYS!!

Monday, August 20, 2012

Raya 2012


Alhamdulilahh, genap aku berpuasa selama sebulan tahun ini. Tahun ini dijangkakan raya aku memang bergaya plus meletup. Aku memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana rezeki aku bertambah tahun ini, shopping bagai nak mati walaupun berat bertambah tapi aku still happy. Inilah pic2 aku di hari pertama raya kelmarin. Aku ni dah la gila bergambar.

               
First day raya aku dah melantak starbucks, 2 kali plak tu. Btw, dah la study kat shah alam and raya pun kat shah alam jgak. Aiyoyo, x mampo. Macam2 ado first day raya. hahahhaa....


Tema tahun ini adalah turqoise but aku bengang sikit coz byk plak orang guna warna turqoise raya ni. tension aku!! dah la sama nnti. x suka langsung...


simple pose from me! hahaha....

Sunday, August 12, 2012

Putrajaya !

Hurm... Assignment wajib yang kene buat tahun ini. Kalau x buat maknanya aku xder markahlah nampaknya. Selaku wakil dari RubySapphire Travel & Tours, aku Affie Ashrav Mikael nak promote sikitlah pasal trip ni. Trip ni akan berlangsung pada 8/9/2012 iaitu Sabtu. Pelbagai tempat akan kita semua lawati seperti SERI PERDANA, MILLENIUM MONUMEN, WETLAND PARK,  CRUISE TASIK, MASJID BESI, MASJID PUTRA dan ETC... Trip ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pendaftaran haruslah dibuat segera kerana tempat adalah terhad. Aku recommend tempat ni kerana sesuai utk korang yg sukakan suasana bandar yang tenang, keadaan sekeliling yang chantek and yg penting, kalau korang suka shoot2 gambar, Putrajaya adalah tempat yang sesuai coz aku gerenti korang akan dapat banyak shoot2 yang chantek2 belaka. Student2 luar boleh join trip ni. Murah je bayaran, cuma RM 60 jea. Xder caj2 lain and caj2 tersembunyi. Korag akan dpt breakfast, refreshment and mcm2 lagi dan mcm2 aktiviti akan diadakan time trip ni nanti. If interested, do PM me A.S.A.P ok. TQ!

Saturday, August 11, 2012

Shopping penuh bergaya!

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun yang bertuah bagi aku. Rezeki aku melimpah ruah tahun ni, walaupun aku ni boleh dikatakan agak boros berbelanja tetapi rezeki tetap ada. Tahun ni aku boleh dikatakan beraya dengan bergaya jugaklah coz macam2 aku beli untuk diri aku. Banyak jugaklah aku spend untuk diri aku, almost RM 2K jgaklah. First time dalam tahun ni aku banyak menghabiskan masa aku berbuka puasa bersama rakan baikku iaitu Aben Al Hafiz, shopping pun aku dengan dia jgak. Macam tahun lepas aku hanya menghabiskan masa dengan orang yang aku sayang, tetapi tahun ini aku lebih gembira menghabiskan masa aku dengan rakan2 sekuliah. Aku rasa, dengan cara inilah aku dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam lgi. Tahun ni aku beli baju dengan banyak skali. 10 pasang baju, 2 helai seluar, 2 pasang kasut dan sebotol perfume. Seperti yang aku idamkan, aku dapat juga membeli sebotol Davidoff Champion. Memang wangi nak mampos gua cakap lu beb! 



Sunday, July 29, 2012

Ramadhan oh Ramadhan!


Syukur alhamdulillah, sampai jugak bulan ramadhan yang mulia ini. Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. Seminggu sebelum ramadhan, pintu hatiku telah diketuk sekali lagi oleh insan bernama S. Skrg aku dgn dia genap 3 minggu, walaupun baru 'open relationship' tapi aku akan terus berusaha untuk terus memupuk perasan cinta antara kami. Aku akui, aku amat senang bersama dia. Dia amat open minded and sgt stylo. Yelah, budak fashion design kan. Besok bermulalah minggu peperiksaan di MSU, then apa lagi aku merdeka la. Aku x sabar2 nak borong satu pavilion. Aku dah lama 'aim' beg Charles & Keith and Kasut Pedro. hikhikhik. Aku plan nak bershopping nan S nanti. ;)

Wednesday, July 18, 2012

Affie dan Cinta!

Huh! Aku x tahulah sampai bila nak macam ni? lepas FQ dlu aku teruskan memburu cinta dan aku bertemu M. Aku dan M dah lama kenal tpi aku mula rapat dgn dia lepas dia clash nan ex dia. Btw, dia sgt sweet and very open minded. Tpi apakan daya, hubungan aku dan dia x menjadi. Meroyan la jgak kejap aku. Tpi lepas tu aku terus jadik dah x kisah dah. But, i dunno y tpi mybe aku dah lama pendam perasaan aku kat dia. Aku dah lama minat kat S sejak aku kenal dia kat BBM dlu. Aku x tahu npe tpi dia sgt berbeza dgn orang lain yg aku kenal. Mcm ada something yang ada dlm diri dia. Dah mcm tajuk lagu dah, "Ada Sesuatu Di Dalam Dirimu". Seriously, aku really2 in love dgn dia sampai aku sanggup delete PR n Manjam aku. Aku nak kekalkan hubungan aku dgn dia. I hope that S is the one. I really2 need someone in my life now. Mereka lihat aku tersenyum, gembira bagai tiada duka. Tapi hatiku keretakan bagai sinar purnama terang yang mendatang.... Thanx for coming in my life baby. I appreciated it so much.




Monday, June 18, 2012

C.I.N.T.A


Cinta di dunia hanya sementara,
Cinta kepadaNYA kekal selamanya.

Cinta,
Saat engkau datang kepadaku,
Engkau membahagiakan diriku,
Menemani aku setiap masa,
Belaianmu penuh rasa cinta,
Membuatkan aku terus bermimpi,
Yang engkau akan terus menemani.

Cinta,
Rupanya engkau hanya menabur janji,
Janji yang tidak pernah menjadi realiti,
Baru ku tahu hubungan kita tiada makna,
Ungkapanmu hanya di bibir mesra.

Cinta,
Engkau gegarkan hatiku,
Dengan perbuatan curangmu,
Sebenarnya engkau sudah berpunya,
Engkau hanya bermain kayu tiga,
Perbuatan serongmu terhadapku,
Membuatkan aku tidak percaya akanmu.

Wednesday, May 16, 2012

Teman Sejati....???

Selama ini aku mencari teman sejati buat menemani perjalanan aku ini tetapi kenapa semuanya harus beralih arah hingga aku kehilangan mereka? sedangkan aku appreciated mereka sgt2. Aku tidak pernah menyakiti mereka dan jika aku menyakiti mereka tanpa sengaja, sudah tentu aku akan memohon seribu kemaafan. Tetapi entah di mana silapnya, aku pun tak tahu. Sahabat yang aku sanjung dan sayang itu mula menjauh dari aku. Aku tidak mengerti dan tidak ketahui apa sebenarnya yang berlaku?? Seringkali aku terfikir adakah aku sudah berbuat salah kepadanya?? aku cuba bertanya tetapi dia menafikan sekerasnya pertanyaan aku itu. Aku sudah tidak tahu nak buat apa lagi, aku buntu. Sampai aku sudah mula naik fed up dengan semua ini, kenapa perlu senyap dan diamkan diri??

Tuesday, May 8, 2012

Dugaanku

Hati aku pedih menangis, jiwa aku suram. Malam yang panjang ini aku sendirian merenung kehidupan dan memikir kesudahan. Pada siapakah nak aku curahkan keresahan aku?? Lalu aku berpaut pada sejengkal tali, cuma itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini. Inikah dugaanku?? Inikah kesempatan?? Haruskah aku terus atau membiarkan ianya berlalu???...... Dekat di depan mata tapi berat meluahkan kata, terpendam segala apa yang aku rasa sekian lama ini. Apakah kita nanti akan dapat serasi atau hanya aku bermimpi untuk memiliki?? Inikah dugaanNya?? Inikah ujianNya?? Haruskah aku hadapinya?? Kesempatan yang datang tiada ketentuan. Haruskah aku memandang di kejauhan yang tak kesampaian?? Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan aku. Adakah aku sempat  ataupun tidak untuk bersamamu???....   

Sunday, May 6, 2012

CINTA... RINDU... KASIH... SAYANG...

Siapalah aku tanpa cintamu kerana cintaku cinta yang terbiar. Aku pendamkan hasrat hati yang menyayangimu kerna aku takut untuk berterus terang dan aku bimbang jika kau tak sudi. Pasti aku malu bagaimana nanti harus aku hadapi. Kasihku seluas laut biru, walau ditimpa hujan batu namun hatiku masih tidak berubah. Ku sedar garis lintang yang hadir di antara kita menghalang aku daripada memiliki kamu. Sejak kau jauh dariku, aku bagai daun tanpa titis embun, sunyi dan kelayuan tanpa kasih dan sayang. Segala keriangan telah hilang!! Aku rindu senyum dan tawamu, aku jemu meniti hari tanpamu. Ku menaruh harapan setinggi langit suatu masa kau akan menerangi diriku ini. Masa aku teringat akan dirimu, wajahmu seakan terus memburu. Dalam diam-diam aku mencintaimu hingga bermimpi kau akan jadi milikku. Jauh di dasar hati aku ingin aku teriak aku cinta kamu!! Kawan, apa erti sayang jika hati tak tenang.. Aku mengerti yang kita hanya kawan. Namun, sayang...sayang... sayang... Kamu dah berpunya tertutup sudah bagi aku segala kesempatan. Bukan cara aku rampas hak orang! Bisik hati aku lepaskan dirinya tapi sungguh aku tak bisa. Biarlah aku sendiri tanpa kasih di hati, aku dah tak mampu pertahankan lagi cinta yang menyakiti, biarlah aku undur diri untuk merawat luka di hati setelah melihat kau di dalam pelukan seorang lelaki....

Friday, May 4, 2012

Demam ??

Demam? Aiyoo, memang aku tgh demam skrg ni. Dah masuk seminggu benda ni berlarutan tapi aku still berupaya berjalan menongkah arus, melalui rintangan yang mendatang. Pergi merayap, makan benda yang sedap2 walaupun benda tu akan keluar balik lepas tu.. Memang bazir duit sgt kan!! Tapi apakan daya, aku layankan sajerr tekak aku ni. Kang kebulur susah plak. Btw, suara aku, selsema and batuk mula hadir menyakiti tubuhku ini. Mencikkk sgt!! Apakan daya, ku gigihkan jua diriku pergi ke class....

Tuesday, May 1, 2012

Dari Jauh...

Setiap malam aku tidak lena tidur apabila memikirkan diri dia. Aku tak tahu kenapa tpi aku dihantui igauan mimpi yang pilu. Setiap kali aku pejamkan mata aku melihat diri dia. Kenapa aku menanti harapan yang kian tidak pasti?? Aku sedar hakikatnya kau takkan menjadi milikku. Walau kau tak perlukan aku aku tetap doakan kebahagiaanmu tpi satu yang aku minta izinkan aku menyintaimu dari jauh. Aku pernah menyatakan yang aku hanya menganggap kau sahabat namun aku sebenarnya menyimpan perasaan terhadap engkau. Aku simpan saja perasaanku menahan derita dalam hidup melihat kau dalam pelukan lelaki lain....

Wednesday, April 25, 2012

Bukan Renungan Terakhir

Aku xnk dia risau langsung akan diriku coz if aku merajuk pun aku still the same person. Even aku merajuk pun, aku still x benci dia cuma aku perlu masa utk recover. Aku memang sensitif coz aku nak menunjukkan yang aku still ada perasaan walaupun ianya amat menyakitkan. Aku xnk dia anggap yang walaupun aku langsung x bercakap or memandang ke arah dia, aku dah benci dia. Sebenarnya x langsung, coz aku still sayang dgn dia. Sapa x sayang kawan oi! Ini bukan renungan terakhir I kat you. I tahu you akan pandang I if I langsung x ckp or tgur you. In fact, i still wished you gudluck that day. Hurm.....

Berikan aku jawapan

Seandainya masih ada pintu hati yang terbuka, ku ingin menyimpan dalam ruang kalbumu. Namamu dalam hatiku dan aku memang tak berdaya kerana menepis panah asmara walau sulit untuk aku berkata untuk mengatakan cinta. Ingin aku bersamamu dan menemanimu untuk selamanya. Dengan hanya angan2 yang membuat kita jadi tertua, cinta itu suci! janganlah kita nodai. Cinta itu Indah! jujurlah padanya. Berjanjilah kasih demi keutuhan cinta kerana ia anugerah untuk semua insan. Berikan aku jawapan agar soalan ku terjawab kerana ku rindu kasih sayang dari orang yang sangat ku sayangi. Engkaulah sahabat! Ingin aku memandangmu dan menatap kamu seperti biasa, namun kerna ego aku yang membuat kita makin terbuang. Cinta itu suci! janganlah kita hancuri. Cinta itu Indah! janganlah kita buangkan. Berjanjilah engkau demi keutuhan kita kerana ia anugerah untuk tiap insan. Berikan aku jawapan agar soalanku terjawab. Aku rindukan ketawa dari ornag yang sangat ku sayangi!! Seandainya masih ada, jodoh aku dan si dia, walau sulit macam mana aku masih perlu dia.....

Tuesday, April 24, 2012

MUNGKINKAH

Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak terasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah
Kita akan bersama
Ooooo
Mungkinkah...

Pendam

Aku akui yang aku suka memendam apa yang aku rasakan tetapi hendak bagaimana?? Sudah resam aku begini. Aku tidak suka menunjukkan atau meluahkan aoa yang terbuku di hatiku. Aku tidak dapat lari dari kenyataan yang setiap saat aku memikirkan dia. Yes, memang dia kawan aku tapi perasaan lebih dari kawan itu tidak dpt dibendung oleh aku lagi. Tapi aku tidak mahu menjadi perosak persahabatan kami semua. Biarlah begini....Mungkinkah.....

Di sebalik sejuta Wajah..


Semakin hari hati aku semakin merintih apabila melihat dia dari jauh.. Aku tidak boleh terus begini, aku harus buang perasaan aku jauh2 supaya aku tidak terjerat lagi. Aku cuba menyembunyikan perasaan aku tanpa ada sebarang ekspresi di muka aku. Aku berpura-pura ceria sedangkan hati aku berduka. Semalam aku melihat adegan yang tidak aku jangka tetapi aku tetap 'COOL'. Aku malas nak amik tahu lagi.. Hanya kawan2 aku yang boleh menggembirakan aku. Hurm, aku tak mahu intai cinta dalam rahsia dan aku harus tumpukan perhatian aku pada orang lain yang sedang cuba mengenali diri aku. SESAAT KAU DATANG......

Saturday, April 21, 2012

Sembunyi...

Aku tahu ini terlalu drastik tapi aku harus akui yang aku telah menyukai seseorang tanpa aku sedari tetapi aku tahu aku tidak layak untuk dia kerna dia jauh lebih sempurna dari aku. Tetapi kenapa aku tak perasan akan perkara ini??? Rakan2 aku yang lain dpat membaca semuanya tetapi aku tetap menyembunyikan perasaan aku supaya aku tidak mengulangi kesilapan lalu aku. Aku sering dikejar bayang2 resah dan aku tidak dapat menyembunyikannya. Budak2 rumah aku semuanya tahu akan perkara ini tetapi aku tetap tidak mengakuinya kerna aku takut akan kehilangan dia. Kenapa aku harus begini?? I fall in love with my own friend?? NO!!!! Aku harus menyembunyikan perkara ini dan aku tak mahu benda ini jadi isu di kemudian hari. Aku telah hilang orang yang aku sayang dulu dan aku tak mahu hilang lagi. Aku sayang dia sangat2. Tuhan tolonglah aku, aku tidak mahu terus dibelenggu. Aku akui, aku akan cemburu melihat dia bersama orang lain. Tetapi aku pendam semuanya.. MENGAPA JADI BEGINI??

Yang Pernah Ku sayang


Pertemuan kita beberapa tahun yang lalu telah merubah hidup I sayang. I tak tahu mengapa tetapi I merasakan yang U sangat istimewa di hati I F.A. Sayang I pada you xkan merubah apa2 pun coz I really2 need you in my life. Walaupun sesekali I seperti menyesal bertemu dengan you. Bayangan you sering muncul di benak sehinggakan I susah hendak melupakan you. Walaupun I  Berjaya melupakan you buat seketika waktu dahulu apabila bersama F tetapi bayangan you menjelma semula apabila hubungan I dan F berakhir tnpa titik noktah. I ikut segala apa kemahuan you coz I really2 love u so much sehinggakan I hilang pertimbangan. Setiap malam I menangis memikirkan pasal you and pasal F. I luv both of you coz both of you change myself. Kerna kasih dan sayang, I turuti kemahuan you untuk menjaga segala harta benda you semasa ketiadaan you di Malaysia. I juga merahsiakan status hubungan kita daripada pengetahuan sesiapa pun termasuk rakan2 I. I hanya memberitahu mereka yang you just my beloved cousin. Since 2009, we’re hide our relationship and then you introduced me to ur friend’s sister, A, to make sure that our secret are tightly tie up. The way A treat me was so good and so warm. She make me felt in love with her and change my personality. I start to built up my self confidence and became more brave with others. I just think that I only had her but I forgot that everybody owns her. Our Seperation on 14/4/2010 already give me the big impact. For the whole month I lost my path, always crying, my self confidence was very low during that time coz I can’t accept that I’ve losing her as MY BABY.  I felt really guilty coz hurt her and if I had the time machine, I want to repeat the old memories and ask for forgiveness from her. I x salah kan you baby coz you bukan penyebab I jadi mcm ni. I dunno where are you now, I cant find you and ur number already changed. I hope I can find you one fine day and ask you to marry me coz I think that you are the right girl for me.

Perkenalan I dgn F bukanlah sesuatu yang dirancang. Selepas SPM, I berkenalan dengan F di dalam laman sosial. I x sangka coz kami akhirnya berjumpa setelah sekian lama kami hanya bercakap melalui telefon and chatting. But, after all I did for you, you just ignored me like that. I sanggup tinggalkan H untuk you , spend my time almost with you everyday. But, after i fall for you, u tell me that u have a BF. During that time, I feel so guilty bcoz ur BF is my Tagged’s friend. I did not expected that. When you tell me that u will go to Egypt, I feel like I will losing you coz I started to love you and make me forgot about Ferr and Amylea but after 2 months we were together, you started to show ur true colours. I try to make OUR relationship more meaningful but it seems that you trying to avoid me. I really2 appreciated our moment together. Sunway Pyramid are the witnesses of our relationship. Pyramid was our dating place and Lagoon Perdana Apartment was our home together.  I x tahu di mana silapnya, semua yang I sayang mula meninggalkan I. Sedangkan I sayang orang tu sgt2. Selama beberapa bulan aku cuba melupakan dye tapi aku tak berupaya. Aku tak tahu kenapa aku sayang sngat kat dye, padahal antara kami tiada hubungan istimewa. Aku cuba menyembunyikan kedukaan aku di sebalik senyuman sejuta wajah tapi aku tidak boleh membendungnya. Aku pergi ke kelas dengan keadaan mata bengkak, mata merah, sakit perot, demam, mata berair semuanya kerana tangisan aku setiap malam. Setelah 4 bulan berlalu, akhirnya aku tewas. Aku kembali mencari dia semula dan merayu kasih kembali. Bagi aku, tiada salahnya sebab dia pun dah single tapi itu mungkin tidak dpt mengubah apa2. Aku still berharap  lagi dengan dia pada masa itu tetapi mungkin tiada jodoh antara kita.

Friday, April 20, 2012

Rindu Setengah Mati


Saat aku kehilanganmu,
Hidup aku tidak menentu,
Aku rindu setengah mati,
Tapi aku, kau khianati.

Dimanakah nilai cintamu,
Yang engkau ikrarkan dulu,
Aku ingin kau tahu,
Aku tak boleh hidup tanpamu,
Aku jadi rindu.

Aku ingin engkau ada disini,
Temani aku di kala sepi,
Tetapi kau tinggalkan aku sendiri,
Terkapai-kapai mencari erti.

Meskipun lama tidak bertemu,
Aku selalu mimpikan kamu,
Engkau sahaja yang tidak tahu,
Seksa aku menangung rindu,
Selama menunggu kehadiranmu.

Seandainya masih ada cinta,
Pintu hatiku tidak akan terbuka,
Kerana aku bimbang akan terluka,
Kerana pernah terseksa dan derita.

Muara Sesalan

Segalanya sempurna,
Apabila kita bersama,
Namun kehadiran dia memaksa,
Aku dan kau berpisah jua,

Memori duka tersemat,
Makin terukir di ingatan,
Makin terpahat di fikiran,
Segala memori akan ku ingat.

Namun aku tak bisa menghindarkan,
Segala memori yang menjadi kenangan,
Walaupun hatiku berdusta,
Tetapi tuhan tahu mengenainya,
Yang kau dan aku pernah bersama.

Tidakkah kau tahu,
Aku selalu merindukanmu,
Aku rindu setengah mati,
Tapi aku tahu yang aku hanya bermimpi.

Aku tidak menyesal mengenalimu,
Hanya engkau cinta pertamaku,
Aku redha dengan pemergianmu,
Engkau selalu dalam doaku.

Tuesday, April 3, 2012

Fashion oh Fashion!!

Fuuuhh, lau cakap pasal fashion mesti xkan berhenti punya. Btw, aku mmg gilerr shopping lau nak tahu. Macam aku nak beli and x boleh ada duit dalam tangan. Dari perfume sampai la ke kasut! Aku akan terangsang bila tgk SALE. Mentang-mentangla tgh sale kat TOPMAN, PADINI and ZARA... Perghh, napelah time ade sale ni, duit allowance aku kene potong! Kacau daunn uolls... Hari tu aku masuk TOPMAN TOPSHOP terbeliak bijikk mataa tgk sale sampai 70% Aku rasa nak jeritt je kat situ... Tapi kene control, orang kenal coz tu tmpt keje aku dlu.. hahahha... perghh, mcm2 aku nak beli... tgk je la kat Bawah ni!
                                           


weolls mmg x boleh tgk kasutt... memang dah lama idamkan loafers ni.. LV and Tod's sememangnya menjadi pilihan weolls tpi harga mengatasi kemampuan. Mcm mana nak buat, xkan nak cikcur if nak bnda ni. hahhahaha!!! ada lagi pasal kasut yg sememangnya menjadi perhatian weolls untuk memilikinya...



  
Pic2 kasut yg di atas ni semuanya brand TOPMAN, memang weolls idamkan sejak beberapa bulan yang lepas. Skrg tgh bertungkus lumus berjimat cermat untuk beli semua kasut and sandal TOPMAN ni. Memang fetish gilerr ngan suma ni! Maybe antara korang yang dah ada benda ni suma... huhuhuhu, UNTGLAA!!  Skrg, benda2 ni memang jadikk trend lelaki skrg coz melambangkan identiti sebenarnya si pemakai. Jgn ckp kasut jea, perfume pun dah fofular.. Semua dah tahu pakai minyak wngi hokayy uolls!! Tak caya, meh kita tgk perfume yg antaranya sgt glamerr..


Perfume2 kat atas memang pilihan weolls coz baunya sgt mengancam. Lebih2 lagi GUCCI GUILTY.  Naseb bek dpt beli coz perfume tu sgt2 lakuu tau di pasaran. Kalah anak2 hayam kat Bukit Bintang tu, HAHAHAHHA!! Lau pakai perfume tu g kolej, sebatu jauh orang dah boleh bau... hahaha... Davidoff, DKNY, Bvlgari, Gucci Flora pun hot jgak baunya.. Pergh, rasa nak ketuk pintu kedai tu jea skrg.. Skrg kita beralih kat beg plak.. Pergh, tote skrg memang jadik kegilaan skrg. Pg je Pavi, bleh dikatakan ramai lelaki angkut tote beg masing2 sambil catwalk kat entrance PAVILION.. HAHHAA, kalah weolls.. Boleh teka kot jenama tote masing2. LV, Tod's, Padini and others.. Tpi time tgk ade jejans angkut Tote LV, rasa nk serbu jea and tanya dye, "mana u dpt duit beli LV??" hikhikhik..  


Susah nak jmpe jejans bawak Tote LV yg kat atas ni. Pergh, lau weolls dpt ni memang dah retiss arr kat kmpus... hahaha... #tetiberr sangap kat LV!!! Weolls rasa benda ni dlm RM 2k mybe.. Dah hmpr sama ngan gaji mama weolls.. Rasa2 mesti Kak Jem punya sempott melanda balik coz tgk harga tote ni samerr ngan gaji dye.. hahahha!! Saboo je laa Kak Jem, handbeg Kak Jem pun POLO jea, x mmpo nk LV bagai. 




WOW sgt utk Tote yg kat atas ni.. Pengsan kejap tgk!! Korang haderr ke ni suma?? hikhikhik... Kita mmpo tgk je laa bnda ni coz x keje lagi. Setakat Padini and SEED punya Tote boleh r beli coz ratus2 jea. Lau dah ribu2 tu, kene bawak ubat sakit jantung sambil bayar beg tu.. HAHHAA... Lau ckp pasal fashion ni, memang xder endingnya coz tiap2 bulan akan ada design baru yg keluar dlm majalah and internet. Mcm2 bentuk design ade kat market skrg.




Cuberr uolls selak majalah2 kat atas ni, mesti akan aderr design baru, even every month akan di-up-to-date.. Btw, kdg2 boleh carik idea nak dressing dlm ni.. Even baju x hot tpi bila dah sesuai di padankan akan, jejans yg haukk pun boleh jadikk hotstuff... HAHHAA... 




Sunday, April 1, 2012

My New BFF!!

      ^ with Ziad Aziman         ^ with Syazwan Feshal


Today, just nak introduce kat korang suma yg aku dah ada BFF baru! uhuhuhu.. His name is Ziad and Syazwan. Aku suka sgt kawan nan dorg coz dorg sekepala nan aku and yg penting, taste kami samer... Btw, lepak nan dorg mmg best. Ziad budak TESL and Wan plak budak PR. Lagipun cara aku kenal nan dorg pun kelakar jugak! and last skali kami bertiga bersatu dlm choir. HAHAHAHA!! what a small world... Then kami skrg suka share kisah suka and duka kehidupan kami!! hahaha... 

Sunday, March 25, 2012

Affie Ashrav Duda Berhias....


Yesss!!! Aku kembali single... Akhirnya bebas jugak aku drpd cengkaman seorang manusia yang propa lebeyy.. Feeling retiss sgt beliau tpi yang hado... Aku lagi prefer single drpd berteman manusia spt beliau yg celeb-type... Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.. tpi xper, kau dgn caramu aku dgn cara hidupku.... Bayangkan, weolls baru single beberapa jam, dah g dinner ngan skandal plak !! hahaha... Dah la, new season, new semester... I also have to change! hahaha... Find a new moon Affie Ashrav!

Sunday, March 18, 2012

Perubahan

Hurm, aku dah sebulan lebih tak update blog ni almaklumlah busy gila ngan project, assignment and exam. Hurm, Btw, lepas aku tinggalkan semua kenangan lama aku dulu, aku mulakan langkah baru and buku baru. Aku mengenali dye lepas aku pakai BB, kami selalu BBM and gurau2. Takdir telah membuka pintu hati untuk menerima cinta sekali lagi. Sepanjang 7 bulan aku single, hanya 2 orang saja yang berada dlm pintu hatiku dlu iaitu E dan F. Biarlah aku namakan couple baru aku 'Q'. 4/2/2012 secara rasminya aku berteman dengan dia. Dia seorang yang baik and penyayang but sometimes gila, hahhaa!! Aku mula belajar drpd kesilapan lalu supaya pisang tidak berbuah 2 kali. Aku mula berubah supaya aku tidak mudah untuk dipermainkan cinta. Aku dah tak sanggup untuk menjadi hamba cinta. Satu persatu kenangan lalu aku dulu, aku bakar. Aku tidak mahu lagi menyimpan semuanya. Aku tak nak dihantui oleh bayangan cinta mereka. Biarlah aku dengan hidup aku and mereka dengan hidup mereka. Aku lebih gembira dgn hidup aku sekarang coz aku tak perlu nak menangis2 macam dulu, skrg biarlah org menangis sebab aku. Aku rasa, aku terpaksa mementingkan diri aku dulu.... Now, dah 19/3/2012. Genap usia hubungan aku dengan Q sebulan setengah and aku harap aku dapat melepasi usia perhubungan aku dgn ex2 aku dulu yang hanya bertahan 2 bulan. Aku mahu hubungan aku dengan dia berpanjangan....

Wednesday, January 18, 2012

Aku tetap aku!!!

Aku masih lagi berdiri di sini membukti kan diri yang aku tetap diri aku yang dulu.. Aku sedar perubahan aku yang mendadak selepas menginjak ke Semester 2 nih.. Aku tak tahu kenapa semua ini berlaku. Aku telah menukar semuanya... Imej, style, cara aku berbelanja, barang yang aku beli.. Aku semakin ketagih dengan barang2 mahal... ##Aiyoyo, x mampooo.... Aku pun dah tak heran lagi dengan citer2 orang... Aku rasa org yg bg citer sodeh2 nih just nk minx simpati and seek for attention. Aku dah heran lagi nan perangai orang mcm tuh coz orang tuh mmg x akan berada dalam kamus idop aku... For what i have to show my sympathise towards people who dunno how to value other people's feeling... U with ur life and i with my life... Dun ever try to enter my life, i would not allow it.. Aku sgt2 menyesal dpt kawan yang suatu ketika dulu aku pernah sayang sgt tpi hanya tahu menceritakan kisahh Slot Akasia, Samarinda and Cerekapilihan beliau kat orang... Thats not the way man to approach people.. Then, ada plak yang menyokong propaganda beliau dari belakang,.. Then, layaklahh.!!! Satu hauk and satu sodehhh.... Mmg ditakdirkan menjadi laki bini... Aku pandang korang kecikk je, walaupun SENIOR!!! ada aku herannn?? Atleast aku tak jaja sana sini citerr kisahh sodehh aku... ##kbaii!!!

I'm 19...


12/1/2012...x sangka aku, dlm sekelip mata jea aku dah mencecah usia 19... Tapi, baru 19 and muda lagi... Aku happy gile coz 1st time celebrate bufday zaman University.. huhuhuhu.... Azam aku tahun nih, nk lupakan yang lama and terima yang baru... aku dah tak kisah dah dengan masa silam aku coz aku rasa amat membebankan aku.. Pk pasal masalah org tpi masalah sendiri x dpt selesaikan... Lgpun i have a new things in my life... So, aku akan concentrated kat benda tuh jea... Aku dah x heran kat benda laen... Hajat aku nak pakai BB n lappy dah termakbul... So, aku x perlu mengemis untuk mendapatkan semua itu... Yang aku sodehh skit adalah aku celebrate without my mummy.. Yelah, aku kat kampus and dye kat Seremban... huhuhuhu..... Dah la bufday aku, time tuh jugak first paper aku.. lalalallala!!!

Saturday, January 7, 2012

I'm Sorry, Goodbye...

Keakraban yang lalu xkan berulang lagi... Tidak bertegur sapa mmg dah terjadi... Aku tak perlukan org yg hanya mmapoo memberi seribu alasan dan harapan yang belum tentu pasti... Aku tak nk menunggu mlm2 untuk kuar g mkn mcm dulu... So, now aku lebih pentingkan diri aku.. Pada yang suka memberi harapan dan alasan tuh aku nasehatkan stay away from my life, dun show ur face in front of me.. Pengakuan: aku memang 'MENYAMPAH', 'BENCI' & 'MUAK' tgk muka kau.. Kau dan citerr sodehh ko leh g jalan.. aku x perlukan citer2 sinetron n telenovela untuk approach org.. Aku tak mahu lagi mengulangi kesilapan lalu.. Cukup lah dengan 'F' dulu... 'L' skrg lbih membahagikan aku... 'E', kenangan kau terkubur bersama mayat2 yg dah lama meninggalkan dunia... Thanx 4 ur concern but I'm sorry Goodbye!!! p/s: sapa mkn cili dye lah terasa pedass....