Hati,
Apa yang kau cari,
Apa yang kau nanti,
Adakah kau masih masih bermimpi,
Bermimpi di siang hari.
Hati,
Adakah kau dahaga,
Adakah kau dahagakan cinta,
Cubalah kau nyatakan,
Walau kau dalam kepahitan,
Asalkan terjawab segala persoalan.
Hati,
Aku tidak mahu berpatah arang,
Aku tak ingin memandang kebelakang,
Aku juga tidak mahu mengulang,
Segala kesilapan lalu,
Yang aku buat dahulu,
Kerana ia akan menyiksamu.
Hati,
Walaupun engkau telah dilukai,
Engkau tidak pernah menyimpan api,
Api yang boleh membakar diri.
Hati,
Aku tahu engkau suci,
Kerana itulah kau mudah dikhianati,
Hanya Tuhan yang lebih tahu,
Segala derita dan seksa mu itu.