Friday, April 20, 2012

Rindu Setengah Mati


Saat aku kehilanganmu,
Hidup aku tidak menentu,
Aku rindu setengah mati,
Tapi aku, kau khianati.

Dimanakah nilai cintamu,
Yang engkau ikrarkan dulu,
Aku ingin kau tahu,
Aku tak boleh hidup tanpamu,
Aku jadi rindu.

Aku ingin engkau ada disini,
Temani aku di kala sepi,
Tetapi kau tinggalkan aku sendiri,
Terkapai-kapai mencari erti.

Meskipun lama tidak bertemu,
Aku selalu mimpikan kamu,
Engkau sahaja yang tidak tahu,
Seksa aku menangung rindu,
Selama menunggu kehadiranmu.

Seandainya masih ada cinta,
Pintu hatiku tidak akan terbuka,
Kerana aku bimbang akan terluka,
Kerana pernah terseksa dan derita.

Muara Sesalan

Segalanya sempurna,
Apabila kita bersama,
Namun kehadiran dia memaksa,
Aku dan kau berpisah jua,

Memori duka tersemat,
Makin terukir di ingatan,
Makin terpahat di fikiran,
Segala memori akan ku ingat.

Namun aku tak bisa menghindarkan,
Segala memori yang menjadi kenangan,
Walaupun hatiku berdusta,
Tetapi tuhan tahu mengenainya,
Yang kau dan aku pernah bersama.

Tidakkah kau tahu,
Aku selalu merindukanmu,
Aku rindu setengah mati,
Tapi aku tahu yang aku hanya bermimpi.

Aku tidak menyesal mengenalimu,
Hanya engkau cinta pertamaku,
Aku redha dengan pemergianmu,
Engkau selalu dalam doaku.