Aku telah lama mengenali dia, setahun yang lalu perkenalan kami bermula. Perkenalan kami bermula entah dari mana, kerana semua itu aku telah lupa. Tidak ku sangka rupanya perasaanku terpaut kepada dia walaupun dia tidak mengetahuinya. Tetapi aku tahu cinta aku tidak mungkin di terima kerana kami berbeza. Aku cuba meluahkan perasaan aku terhadap dirinya tetapi semuanya hampa. Dia masih menyayangi kekasih lama, yang sudah bertahun bersama. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berduka dan bermuram durja.
Aku mula berdiam diri, tidak mahu menghubunginya lagi tetapi apakan daya hati ini masih menanti cinta darinya yang belum pasti. Setelah berbulan lamanya, dia muncul kembali. Aku mula menyusun langkah mengatur strategi untuk cuba merawat hati. Aku belum pasti adakah hati dia sudah dimiliki kembali atau masih menyendiri. Semua ini tidak boleh jadi, aku harus menghulur janji. Setelah puas mencuba akhirnya dia mengakui dirinya sudah dimiliki. Sekali lagi terasa sakit hati ini, pedihnya umpama sembilu menusuk hati. Aku puas menunggu tetapi semuanya menjadi begini.
Dia sentiasa bercerita mengenai pasangannya, membuat hatiku gundah gulana. Hati aku meronta-ronta, umpama bertih jagung di atas bara. Tetapi tidak mengapa, aku tahu masanya akan tiba untuk aku memiliki dia. Akan ku coba pelbagai cara untuk memikat hati dia.......