Wednesday, May 16, 2012
Teman Sejati....???
Selama ini aku mencari teman sejati buat menemani perjalanan aku ini tetapi kenapa semuanya harus beralih arah hingga aku kehilangan mereka? sedangkan aku appreciated mereka sgt2. Aku tidak pernah menyakiti mereka dan jika aku menyakiti mereka tanpa sengaja, sudah tentu aku akan memohon seribu kemaafan. Tetapi entah di mana silapnya, aku pun tak tahu. Sahabat yang aku sanjung dan sayang itu mula menjauh dari aku. Aku tidak mengerti dan tidak ketahui apa sebenarnya yang berlaku?? Seringkali aku terfikir adakah aku sudah berbuat salah kepadanya?? aku cuba bertanya tetapi dia menafikan sekerasnya pertanyaan aku itu. Aku sudah tidak tahu nak buat apa lagi, aku buntu. Sampai aku sudah mula naik fed up dengan semua ini, kenapa perlu senyap dan diamkan diri??
Tuesday, May 8, 2012
Dugaanku
Hati aku pedih menangis, jiwa aku suram. Malam yang panjang ini aku sendirian merenung kehidupan dan memikir kesudahan. Pada siapakah nak aku curahkan keresahan aku?? Lalu aku berpaut pada sejengkal tali, cuma itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini. Inikah dugaanku?? Inikah kesempatan?? Haruskah aku terus atau membiarkan ianya berlalu???...... Dekat di depan mata tapi berat meluahkan kata, terpendam segala apa yang aku rasa sekian lama ini. Apakah kita nanti akan dapat serasi atau hanya aku bermimpi untuk memiliki?? Inikah dugaanNya?? Inikah ujianNya?? Haruskah aku hadapinya?? Kesempatan yang datang tiada ketentuan. Haruskah aku memandang di kejauhan yang tak kesampaian?? Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan aku. Adakah aku sempat ataupun tidak untuk bersamamu???....
Sunday, May 6, 2012
CINTA... RINDU... KASIH... SAYANG...
Siapalah aku tanpa cintamu kerana cintaku cinta yang terbiar. Aku pendamkan hasrat hati yang menyayangimu kerna aku takut untuk berterus terang dan aku bimbang jika kau tak sudi. Pasti aku malu bagaimana nanti harus aku hadapi. Kasihku seluas laut biru, walau ditimpa hujan batu namun hatiku masih tidak berubah. Ku sedar garis lintang yang hadir di antara kita menghalang aku daripada memiliki kamu. Sejak kau jauh dariku, aku bagai daun tanpa titis embun, sunyi dan kelayuan tanpa kasih dan sayang. Segala keriangan telah hilang!! Aku rindu senyum dan tawamu, aku jemu meniti hari tanpamu. Ku menaruh harapan setinggi langit suatu masa kau akan menerangi diriku ini. Masa aku teringat akan dirimu, wajahmu seakan terus memburu. Dalam diam-diam aku mencintaimu hingga bermimpi kau akan jadi milikku. Jauh di dasar hati aku ingin aku teriak aku cinta kamu!! Kawan, apa erti sayang jika hati tak tenang.. Aku mengerti yang kita hanya kawan. Namun, sayang...sayang... sayang... Kamu dah berpunya tertutup sudah bagi aku segala kesempatan. Bukan cara aku rampas hak orang! Bisik hati aku lepaskan dirinya tapi sungguh aku tak bisa. Biarlah aku sendiri tanpa kasih di hati, aku dah tak mampu pertahankan lagi cinta yang menyakiti, biarlah aku undur diri untuk merawat luka di hati setelah melihat kau di dalam pelukan seorang lelaki....
Friday, May 4, 2012
Demam ??
Demam? Aiyoo, memang aku tgh demam skrg ni. Dah masuk seminggu benda ni berlarutan tapi aku still berupaya berjalan menongkah arus, melalui rintangan yang mendatang. Pergi merayap, makan benda yang sedap2 walaupun benda tu akan keluar balik lepas tu.. Memang bazir duit sgt kan!! Tapi apakan daya, aku layankan sajerr tekak aku ni. Kang kebulur susah plak. Btw, suara aku, selsema and batuk mula hadir menyakiti tubuhku ini. Mencikkk sgt!! Apakan daya, ku gigihkan jua diriku pergi ke class....
Tuesday, May 1, 2012
Dari Jauh...
Setiap malam aku tidak lena tidur apabila memikirkan diri dia. Aku tak tahu kenapa tpi aku dihantui igauan mimpi yang pilu. Setiap kali aku pejamkan mata aku melihat diri dia. Kenapa aku menanti harapan yang kian tidak pasti?? Aku sedar hakikatnya kau takkan menjadi milikku. Walau kau tak perlukan aku aku tetap doakan kebahagiaanmu tpi satu yang aku minta izinkan aku menyintaimu dari jauh. Aku pernah menyatakan yang aku hanya menganggap kau sahabat namun aku sebenarnya menyimpan perasaan terhadap engkau. Aku simpan saja perasaanku menahan derita dalam hidup melihat kau dalam pelukan lelaki lain....
Subscribe to:
Posts (Atom)