Wednesday, July 31, 2013

Dalam diam.....

Aku telah lama mengenali dia, setahun yang lalu perkenalan kami bermula. Perkenalan kami bermula entah dari mana, kerana semua itu aku telah lupa. Tidak ku sangka rupanya perasaanku terpaut kepada dia walaupun dia tidak mengetahuinya. Tetapi aku tahu cinta aku tidak mungkin di terima kerana kami berbeza. Aku cuba meluahkan perasaan aku terhadap dirinya tetapi semuanya hampa. Dia masih menyayangi kekasih lama, yang sudah bertahun bersama. Aku tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berduka dan bermuram durja.

Aku mula berdiam diri, tidak mahu menghubunginya lagi tetapi apakan daya hati ini masih menanti cinta darinya yang belum pasti. Setelah berbulan lamanya, dia muncul kembali. Aku mula menyusun langkah mengatur strategi untuk cuba merawat hati. Aku belum pasti adakah hati dia sudah dimiliki kembali atau masih menyendiri. Semua ini tidak boleh jadi, aku harus menghulur janji. Setelah puas mencuba akhirnya dia mengakui dirinya sudah dimiliki. Sekali lagi terasa sakit hati ini, pedihnya umpama sembilu menusuk hati. Aku puas menunggu tetapi semuanya menjadi begini.

Dia sentiasa bercerita mengenai pasangannya, membuat hatiku gundah gulana. Hati aku meronta-ronta, umpama bertih jagung di atas bara. Tetapi tidak mengapa, aku tahu masanya akan tiba untuk aku memiliki dia. Akan ku coba pelbagai cara untuk memikat hati dia.......

Sepi dan Terpilu...

Sungguh indah dulu saat kita berdua,
Kau dan aku lengkapi semua,
Masihkah kau ingat pada saat dulu, 
Kau dan aku hampir menyatu.
Tapi semuanya kabur, 
Setelah kau pergi dan terus terkubur.

Aku cinta kamu, 
Kau pergi dari ku, 
Mungkin perasaan telah hilang sayang.

Jangan pergi dulu,
Aku perlukan kamu,
Diri ini jadi sepi selepas kau belalu,
Sepi dan terpilu....


Friday, July 26, 2013

Praktikal Oh Internship!

Akhirnya setelah hampir 4 bulan aku tak update blog ni, baru skrg aku tergerak hati nak bukak and tulis balik luahan hati ini. Akhirnya, setelah aku menghabiskan semester pendek aku bulan may yang lalu, tibalah saat yang paling mendebarkan iaitu Latihan Industri selama 3 bulan. The Royale Chulan menjadi pilhan aku untuk memulakan latihan ini. Sekarang sudah hampir satu bulan aku di sini dan aku berjaya menyesuaikan diri aku dgn keadaan kerja yang sememangnya  tidak menentu, biasalah kerja hotel ikut syif kan. Macam2 bnda aku kene alami dgn karenah rakan sekerja and guest yg mcm2. Boleh dikatakan aku 60% sudah bersedia la nak kerja cuma keyakinan diri aku je yang kadangkala naik and turun. Perhatian aku terhadap cinta juga mula beralih perlahan-lahan, aku jarang mengelamun seperti dulu and jarang membawa diri. Semuanya aku curahkan dengan bekerja. Hurmm, maybe sampai sini dlu yang aku mampu tulis, nnt ada masa aku sambung balik ok. Chiowww!