Mengapa?
Kau nyalakan api,
Nyalakan api cinta ini,
Kau bakar jiwa yang merana.
Mengapa?
Kata manismu buatku yakin padamu,
Membuat hatiku ditusuk sembilu,
Serta membuatku terlena dengan
sandiwaramu.
Mengapa?
Rindu padamu setiap hari,
Bayang dirimu menggoda hati,
Sehingga semuanya memakan diri.
Mengapa?
Kini ku rasakan lain di hatiku,
Kau diam tanpa kata seribu,
Sering kau marah tanpa alasan,
Membuat aku tidak tertahan.
Mengapa?
Katakan saja apa mahu mu,
Bila kau bosan, kau marah dan benci
pada diriku,
Walau berat hatiku,
Berat hati melupakanmu.
Mengapa?
Kau bersandiwara kepadaku,
Bosan! Mungkin itu sifatmu,
Benci! Bila ingat dirimu,
Jalanku masih panjang,
Tidak mahu ku toleh ke belakang,
Terserah apa mahu mu,
Aku tidak akan
menunggu....