Hampir 3 bulan aku tak menulis kat sini, masa yang ada selalu mencemburui aku. Aku hanya membiarkan masa berlalu begitu saja tanpa memikirkan apa yang telah aku tinggalkan. Genap setahun aku menyepi dari dunia cinta tanpa menyedari sudah terlalu banyak hati dan perasaan aku sakiti demi memuaskan hati sendiri. Mungkin masa itu aku tidak mengerti apa itu cinta?? Atau mungkin aku terlalu mudah menyerahkan cinta kepada meraka. Awal tahun yang lalu, aku telah berkenalan dengan seseorang yang sememangnya 'type' aku dan aku memang menginginkan pasangan yang seperti itu.
Walaupun kami berkenalan di tempat dan masa yang boleh dikatakan tidak sesuai namun itu tidak menghalang untuk terjalinnya sebuah persahabatan dan mungkin bibit cinta di dalam diam. Aku memberikan number phone aku pada dia tapi terlupa untuk meminta pula phone number dia. Aku tidak berasa apa2 sehinggalah satu malam, seseorang add aku di wechat. Rupanya dia! Aku sedikit teruja kerana kemunculan dia yang tiba2. Pada saat itu, aku merasakan yang munculnya harapan disitu... Wechat menjadi medium perhubungan kami dan instagram merupakan medium untuk aku mengenali siapa dia sebenarnya. Namun aku sedar, tidak semudah dulu untuk memulakan perhubungan baru memandangka kisah2 masa lalu aku yang masih menghantui diri. Aku tidak mahu meletakkan harapan kerana perkenalan kami baru bermula. Aku hanya berkomunikasi dengannya melalui Wechat saja.
Walaupun cuti masih lama tapi aku pulang awal ke rumah sewa kerana terlalu bosan di kg halaman. Selang beberapa jam, Iphone ku berbunyi, rupanya 'Wechat' dia masuk. Dia bertanyakan macam2 kepada aku lalu mengajak aku menemaninya makan malam. Puas aku menolak tetapi die tetap mahukan menemaninya, bermacam alasan, pembohongan dan jawapan aku berikan tetapi suma itu dipandang sepi. Sehinggalah waktu mencecah pukul 11 malam, hati aku mula terbuka untuk keluar dengannya. Tiba-tiba rasa bersalah itu muncul kerana berkelakuan agak kejam sebentar tdi. Aku menerima pelawaan die untuk makan malam.
Selesai bab utk malam itu, aku terus mendiamkan diri sehinggalah aku mengalami demam yang amat teruk. Dia datang melawat aku dan memberi ubat. Rasa terharu pulak di situ, namun aku tetap mendiamkan diri selepas itu. Hanya die yang rajin 'wechat' aku tapi semua we chat dari die aku hanya reply sepatah2. Sehinggalah dia cerita yang dia meminati seseorang dan disaat itu harapan aku agak musnah disitu. Bila aku bertanyakan siapa, dia nekad tidak mahu memberitahu. Yang aku mampu hanyalah memberi semangat dan support sebagai seorang kawan walaupun di dalam hati ni, agak kecewa sedikit. Sudah hampir 2 minggu dia menyepi dari aku dan secara tiba-tiba terbit perasaan rindu. Aku tertanya2 kemanakah dia menghilang?? Merajuk kah??
Aku tidak tahu di mana penamatnya cerita aku dan dia, aku tak mahu menaruh harapan dan aku sebenarnya nak mulakan kehidupan baru tanpa ada rasa kecewa sekali lagi. Cukup 12 orang bekas kekasih yang aku miliki, aku tidak mahu menambah koleksi dan bilangan tersebut. Kadang2 aku merasa kusut dengan semua ini, aku nak bebas! Bebas seperti burung yang terbang kemana saja tanpa ada halangan.....