Saturday, July 30, 2011

Antara dia dan kamu...


Hurm, kenapa lah semua ini melanda diri aku. Aku tak mintak pun untuk dipertemukan dengan mereka, bila aku dah sayang dan cinta dengan seseorang, mereka pergi meninggalkan aku begitu saja. Tiada kata pembukaan, tiada berperenggan, tiada pengakhiran seperti tiada noktah cinta. Semalam, airmataku mengalir deras membasahi pipi kerana menangisi dia yang akan meninggalkan aku sendiri. Dia nak melanjutkan pelajaran kat Egypt selama lima tahun, aku tak sanggup nak berpisah dengannya. Bagi aku, dia adalah tempat untuk aku mengadu, bermanja dan menumpang kasih. Walaupun dia telah berpunya, tetapi aku tak kisah sebab aku bukannya kapel dengan dia. Apa yang aku perlukan adalah seorang teman yang boleh berkongsi suka dan aku hidup dan dia adalah orang yang tepat. Andai dia pergi, aku boleh hilang arah. Dia jugalah tempat aku berborak dan berceloteh dan dia boleh lagi layan karenah aku dan langsung tak berkira apabila kami keluar bersama. Dia tidak kisah langsung pasal duit dan itu yang membuatkan aku bertambah sayang dengan dia. Aku cuma berharap yang dia masih kekal di bumi Malaysia ini dan tidak akan meninggalkan aku.

No comments:

Post a Comment