Sayang
Sayang,
Pertama kali bersua,
Terasa aku kehangatan cinta,
Mata bertentangan mata,
Wahai peminat misteriku,
Mengapa harus kita bertemu.
Sayang,
Kau hadir disisiku,
Membuatkan aku terpaku,
Dengan kasih dan cintamu,
Membikin aku terus terkedu.
Sayang,
Nadiku bagaikan berlagu,
Kerana cinta kita yang begitu syahdu,
Dari riak wajahmu,
Aku teramatlah tahu,
Engkau sangat mahukan aku.
Sayang,
Aku sangat tahu,
Kita hanya bertemu di dalam mimpi,
Tapi bilakah semua ini,
Akan menjadi pasti,
Bukan lagi mimpi,
Kasihanilah diriku ini…
No comments:
Post a Comment