Aku dan 'F' pergi ke Sunway Pyramid pada pukul 4 petang itu kerana aku menyuruhnya menemaniku membeli pakaian untuk trip besok. Aku dan dia makan di Hartz Chicken Buffet dan seperti yang aku jangkakan yang selera dia x boleh ditahan. Selepas aku dan dia shopping pada hari itu, 'F' menghantar aku ke Stesen KTM dan aku pulang semula ke apartment ku pada malam itu. Sesudah 3 hari, selepas aku pulang dari trip ke Melaka itu, aku dapati dia lebih banyak berubah. Dia seperti menjauhkan diri daripada aku. Keesokkan harinya aku pergi ke KL bersama rakan2ku dan aku pulang lewat sekitar jam 3 pagi, aku tiada pilihan lain melainkan balik ke rumah dia untuk menumpang tidur. AKu menebalkan diri untuk menelefon dia dan ternyata dia membenarkan aku pulang ke rumah dia. Aku tgk dia kelihatan seperti biasa dan aku tidur disisi dia.
Keesokkan harinya sebelum dia ke tempat kerja, dia menghantar aku ke stesen KTM dan dia sempat memberitahu yang dia dan Azrul dah 'clash'. Aku terkejut. Dia juga menceritakan semula apa yang Azrul dh buat selama ini dgn dia. Aku ternyata marah dengan Azrul dan 'F' juga. Aku mula membebel x tentu pasal di dalam kereta tanda protes. Aku telah melakukan kesilapan besar dengan menghantar pesanan ringkas kepada Fathia yang berbunyi "Fath, i rasa i ada chance coz 'F' dah single". Aku telah terhantar sms itu kepada 'F'.. Aku terkilan gila dan takut coz maybe dia akan fikir yang aku gelojoh. Aku menelefon dia dan meminta maaf tetapi dia cool saja. Aku pun lega. Malam itu dia sms aku tetapi aku tidak balas langsung kerana segan, fed up n saja2..
Selama seminggu aku langsung x menghubungi dia. Isnin yang lepas aku cuba menghubungi dia tetapi dia seperti mengelak daripada aku. Aku cuba menyuruh die berterus terang tetapi dia berdalih. Aku dapat rasakan sesuatu akan terjadi antara dia dan aku. Aku sms dia untuk berjumpa tetapi dia mengatakan yang dia sibuk, ada kerja, nk keluar ngan kawan.. Aku begitu hampa sekali dengan dia... malam itu aku ternampak dia on9 dan aku menegur die... aku bertanya apakah dia punyai masalah tetapi dia menafikan. Dia terus mengatakan yang dia salah terhadap aku kerana x boleh terima aku kerana dia perlukan masa dan dia masih trauma dengan apa yang Azrul dh lakukan pada dia. Aku faham dgn keadaan dia cuma berterus teranglah dengan aku, jgn buat aku mcm ni. Aku manusia biasa dan punya hati dan perasaan. Aku boleh terima kebenaran walaupun ia menyakitkan. Tiba2 dia terus off9, aku terkejut. Aku terus menghantar mesej ke fb die. "U, I x paksa U untuk terima I. What i want is only sincerity and honesty. Just talk to me, what do you feel. If you want us to be friend, i understand and i can accept. If you already had someone else, i lagi understand. I sedia undur diri demi kebahagiaan U. I will never disturb you anymore from this moment. I just want you to think, not only for myself but for youself also. I understand your situation but what i want is your answer from your bottom of your heart. But, i just want you to know that my feelings towards you are not fake and i'm serious if it is related to love. I really2 LOVE you so much and i dont care about your look coz i didn't look towards your size or your appearance. I lagi tak kisah pasal duit you coz i x pandang harta benda. Yang penting bagi I hanyalah hubungan kita, kasih sayang kita n cinta kita. I nak kita kongsi suka dan duka hidup kita bersama. U engatkan, U selalu share masalah ngan I about ur late mum, ur exes and your life. And if we had problems, discussion is our solution rite. i dont want our memories will just terkubur je mcm tu. U, I nak bgthu 1 jew lagi, MOHD ASYRAF & ASHRAF AZRUL adalah orang yang berlainan dan kami amat berbeza. yang sama hanyalah nama. U tahu kan perangai I dan azrul bagai langit dengan bumi. U, I nak U tahu yang pintu hati I masih terbuka buat U jika kita ditakdirkan bersama satu hari nanti. Walaupun U akan ke egypt 5 tahun, I tetap akan tunggu.. Sekian, terima kasih banyak-banyak F. From: yang mengharap, yang menunggu... AFFIE ASHRAV MIKAEL.
Dia hanya membalas yang dia perlukan masa untuk berfikir. Keesokkan harinya, aku bersiap-siap hendak ke class tetapi aku ternampak status di fb dia yang bertulis 'NAK MAIN BOWLING n MAKAN KAT CHILLIS". Aku saja sms dia untuk mengajak dia bermain bowling tetapi dia kata yang dia kerja then aku mengajak dia bermain bowling sekarang tetapi dia mengelak dan mengatakan yang dia ada benda nak buat. Aku pun hampa, lalu aku ckp ngan dia yang aku nak pergi tgk wayang sorang2 kat Sunway Pyramid sorg2. Selepas 5 minit, dia sms aku untuk menemaninya bermain bowling. Aku pun pergi dengan hati yang tenang. Sampai saja di sana, aku tak tahu kenapa perasaanku mula berubah menjadi fedup dan menyampah. Sepanjang di sana, aku diam saja dan buat bodoh jew. Aku mula tegas dan serius dengan segala tindakan aku. Dia mula berdiam. Selepas habis bermain bowling, dia menyuruh aku menemaninya ke mesin ATM dan aku mengikutinya. Selepas itu, dia mengatakan yang dia hendak membeli kek dan aku cakap hendak pergi karaoeke. Aku terus minta diri untuk beransur pergi. Aku hanya salam tangan dia dan terus berlalu begitu saja tanpa menoleh ke arahnya semula. Bagi aku, itu adalah penamat semuanya. Aku langsung tidak pandang dia lagi semasa di eskalator itu, Aku hanya pandang ke depan dan aku tahu sinar kebahagiaan akan menjelma.
Pada malam itu aku mesej dia lagi di FB buat kali terakhir dan mesej aku itu sangatlah sadis...
"sorry coz tdi mybe i buat u annoying and irritating with me. i tahu mybe u dh xnk layan i lgi lepas nih, i terima apa saja keputusan u. Maybe ini mesej yang terakhr buat u. Thanx 4 everything, for our memories... i x kesah lau u dah lupakan i lepas nih. Semoga u bahagia dengan hidup u dan semoga u enjoy bila kat egypt nnt, gudluck with ur studies.. Pesanan terakhir i, jgn minum kopi byk sgt nanti sakit prot, jgn salah pilih pasangan hidup, nanti u jga yg sedih n lastly jgn bg hrapan pada org yang sayang u, berterus terang dulu dan kenalilah dia dgn lebih rapat.... Halalkan segala makan minum i n segala yang telah u beri pada i. Maafkan i jika apa yg i ckp ini mengguris hati u tpi maybe ini jalan yang terbaik buat kita. I dh lama maafkan kan u walaupun u tak pernah buat salah kat i. I x pernah dendam ngan u walaupun i x dpt bersama dgn u. Maafkan segala perbuatan i dan percakapan i pada u yang mungkin meninggalkan bekas pada u. I benar2 minx maaf anggaplah kita xder jodoh. May Allah bless u. i bersimpati dgn apa yg jd kat u mlm tdi, anggaplah apa yg perompak tu amik bkn rezeki u. yg penting u selamat. Doa i selalu ada dgn u. Terima kasih banyak2 'F', U adalah insan paling baik pernah i jumpa dalam hidup i. Assalamwaikum U.... ='(... From: yang terpaksa, yang merana, yang berduka...AFFIE ASHRAV MIKAEL..."
Pada keesokkan harinya, dia sms aku dan berkata" Janganlah mcam ni, kita still kawan".. Aku sedikit terkejut lalu membalasnya.."Cuba u bgthu i hubungan kita apa selama ini??" tetapi dia langsung x reply. Sekali lagi aku menghantar sms pada dia.."Npe U diam?? x tahu nak jawab apa?? Meh i tolong u buat keputusan.. A.Skandal B.Couple C.Kawan... Sampai sekarang dia langsung x membalas sms aku itu dan aku menganggap yang setakat ini saja hubungan aku dan dia. Aku ingin mulakan hidup baru yang selama ini diselubungi kesedihan yang amat. Pada 19/9/2011 lalu genaplah hubungan serius aku dan dia 2 bulan walaupun aku x pernah kapel ngan dia dan walaupun aku mengenali dia pada awal bulan 1 dulu tetapi kami mula berjumpa pada bulan Julai lalu..
Begitulah tragisnya pengakhiran hubungan aku dengan insan yang paling aku sayang dulu. Mulai sekarang aku mulakan hidup baru, buka buku baru dan menarik nafas lega.. Aku tahu kenangan aku dengan dia banyak di sekitar Sunway tetapi itu semua hanya tinggal memori dan aku sudah boleh menerima hakikat yang 'F' bukan milik aku.. Dan aku rasa aku bahagia dengan hidup aku yang baru sekarang..... SEKIAN, TERIMA KASIH....
No comments:
Post a Comment