Tuesday, October 23, 2012

Hati

Hurmmmm, memang hobi aku karang sajak dan puisi, Eventhough sajak tu sedap or x bunyinya tapi aku just membuatnya sebagai habi di waktu lapang. Dah mcm2 puisi and sajak yang aku tulis, antaranya CURANG, Rindu Setengah Mati, Muara Sepi, Muara Sesalan, Pergi dan mcm2 lagi. Dulu guru2ku selalu menyuruh aku mengirim karya2 aku semua ke syarikat surat khabar  majalah tetapi aku tidak mahu, coz aku rasa ada yang lebih layak lagi. Bukan aku tidak mempunyai keyakinan diri cuma aku x nak publisiti or karya aku di siarkan. Bagi aku, apa yang aku karang itu bukan untuk tatapan umum. Ianya cuma luahan hati ini. Now, terimalah sajak terbaru aku bertajuk "HATI"





Hati,
Apa yang kau cari,
Apa yang kau nanti,
Adakah kau masih masih bermimpi,
Bermimpi di siang hari.

Hati,
Adakah kau dahaga,
Adakah kau dahagakan cinta,
Cubalah kau nyatakan,
Walau kau dalam kepahitan,
Asalkan terjawab segala persoalan.

Hati,
Aku tidak mahu berpatah arang,
Aku tak ingin memandang kebelakang,
Aku juga tidak mahu mengulang,
Segala kesilapan lalu,
Yang aku buat dahulu,
Kerana ia akan menyiksamu.

Hati,
Walaupun engkau telah dilukai,
Engkau tidak pernah menyimpan api,
Api yang boleh membakar diri.


Hati,
Aku tahu engkau suci,
Kerana itulah kau mudah dikhianati,
Hanya Tuhan yang lebih tahu,
Segala derita dan seksa mu itu.

No comments:

Post a Comment