Friday, April 20, 2012

Rindu Setengah Mati


Saat aku kehilanganmu,
Hidup aku tidak menentu,
Aku rindu setengah mati,
Tapi aku, kau khianati.

Dimanakah nilai cintamu,
Yang engkau ikrarkan dulu,
Aku ingin kau tahu,
Aku tak boleh hidup tanpamu,
Aku jadi rindu.

Aku ingin engkau ada disini,
Temani aku di kala sepi,
Tetapi kau tinggalkan aku sendiri,
Terkapai-kapai mencari erti.

Meskipun lama tidak bertemu,
Aku selalu mimpikan kamu,
Engkau sahaja yang tidak tahu,
Seksa aku menangung rindu,
Selama menunggu kehadiranmu.

Seandainya masih ada cinta,
Pintu hatiku tidak akan terbuka,
Kerana aku bimbang akan terluka,
Kerana pernah terseksa dan derita.

No comments:

Post a Comment