Monday, August 1, 2011
Adakah??
Aku masih lagi tertanya-tanya adakah selama ini aku hanya berpura-pura menyintai 'H' atau aku benar2 cintakan dia?? Aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku nih, walaupun aku dan dia tidak lama bersama tetapi sebenarnya aku dapat merasai yang dia sayang dan cintakan aku tetapi kenapa aku tidak dpat terima kenyataan yang hanya dia yang sayang aku dan kenapa aku masih tak dapat terima dia walaupun hakikatnya kami dah kapel dulu adakah aku kapel dengan dia untuk buat orang lain jealous?? Hurm, susah aku nak jelaskan dengan keadaan yang sekarang nih, perasaan aku cepat berubah. Mungkin apa yang 'A' buat pada aku dulu buat aku dah tak percaya dengan sesiapa lagi. Perangai 'A' yang suka minx duit dan perangai dia seperti kaki kikis buat aku trauma. Aku begitu sayang dengan 'A' tapi kenapa dia buat aku mcm tu dulu. Then, aku buat keputusan untuk tinggalkan dia kerana dah x tahan. Aku tahu sekarang aku tak boleh ingat lagi kenangan silam tapi benda tu asyek menghantui dan membelenggu diri aku. Sampai bila aku harus lari?? Aku harus teruskan hidup yang baru supaya aku dapat menjadi seorang yang tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang, walaupun aku telah banyak mengalirkan airmata yang sia-sia tpi aku harus bangkit dan membalas dendam terhadap mereka...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment