Tuesday, August 16, 2011

Dia by Affie Cullen

Dia,

Wajahmu yang tulus dan suci,

Pabila dititis embun pagi,

Kulitmu yang putih bak salji,

Serta lembutnya seperti bayi,

Akan mula kekal mewangi.

Dia,

Senyumanmu tulus dan jujur,

Membuatku terus tidak keruan,

Jika ku terus diberi peluang,

Ingin aku bawa kau ke kayangan,

Kerna di sana tiada halangan.

Dia,

Bibirmu yang merekah

Persis buah delima yang merah

Serta siap untuk diratah,

Membuat aku tidak betah.

Dia,

Aku senang bersamamu,

Engkau mengisi kekosonganku,

Tetapi ramai yang cemburu,

Kerana engkau menjadi milikku.

Dia,

Aku harap kita akan bersama,

Bersama hingga ke akhir usia,

Kerna engkau yang selalu di mata,

Hanya engkau yang ku cinta.

No comments:

Post a Comment