Monday, September 5, 2011

Jerat Cinta Kita....

Hurm, tadi aku mesej dye coz dah seharian dia menyepikan diri tanpa sebarang mesej or call. Dia langsung tak contact aku and sering membuatkan aku tertanya2... Aku jadi resah bila dia diam dan x berhubung dengan aku langsung. Aku risau jika sesuatu terjadi pada dia coz aku takut hilang dia, then bila dia batuk n selsema jew hari tuh, hati aku mula risau. Aku risau coz xder sapa leh jaga dye even bf dye sendiri pun but dunno jeww... Aku dah siap2 belikan ubat untuk dia.

Aku tak tahulah sampai bila aku harus begini... Dia biarkan aku yang kehausan, mencari detik sinar bahagia yang tak pasti.... Aku dan dia seperti terjerat dalam percintaan yang tidak disangkakan... Aku sebenarnya jadi lupa, siapa diri aku ni... Aku dah dihanyutkan oleh arus percintaan dia, sometimes aku bertanya sendiri apa yang akan terjadi... 'F' apakah kita akan teruskan di dalam arus percintaan... Adakah aku harus berkorban untuk mendapatkan kebahagiaan??? Walaupun 5 tahun, aku akan terus menanti, aku terharu dengan layanan dan penerimaan mu terhadapku yang menyayangi aku tetapi dimanakah akhirnya??

Aku faham, dia suka bergurau dan bermanja dengan aku dan aku senang berbuat begitu.. Tetapi dia seperti tidak mengerti maksud sebenar... Dalam persimpangan ini, aku tak tahu kemankah harus aku tuju kerana aku tiada panduan... Andainya engkau aku dapat dulu sebelumnya, akan aku jaga kau dan lindungi kau... Aku janji pada kau, xkan menduakan kau, melukakan kau, menyakiti kau dan sentiasa membuat kau tersenyum dan ketawa 24-7. Jiwaku resah memikirkan kesudahan sama ada kecewa atau bahagia... Aku yakinkan diri demi mu, penawarnya hanya dari wajah kau...

Aku nak dia tahu yang hanya dia yang selalu aku fikirkan walaupun aku kenal dengan ramai orang selain dia tetapi hanya wajah dia yang selalu bermain di benakku....




No comments:

Post a Comment