Seminggu lebih yang lalu, merupakan malam yang amat bermakna buat aku dan dia. 3 malam itu jugalah aku dan dia bersama menjalin cinta dengan penuh kasih mesra. Aku tidak menyangka, kehadiran dia membawa seribu makna kepada aku walaupun hanya sementara pertemuannya. 3 malam aku dan dia menyemai cinta dan berjanji untuk bersama. Kenangan antara kami tidak akan aku lupakan begitu juga dgn 3 malam. Hening malam aku dan dia menari bersama di dalam bilik sambil merapatkan dahi kami. Aku memeluk dia seeratnya supaya dia tidak terlepas dari pelukanku dan supaya dia berasa selamat berada dalam dakapanku.
Sesungguhnya malam itu amat tidak dijangka, aku tidak sudah2 mengucup dahinya tanda aku sgt menyayangi dia. Aku mengusap rambutnya dan menggengam erat tangannya. Aku mahu dia tahu yang aku tidak akan lepaskan dia dan akan sentiasa mengingati dia. Alangkah indahnya jika aku dapat mengulangi semua 3 malam yang berlalu sekelip mata itu. 3 malam amat memberi seribu makna. Duhai 3 malam.......
No comments:
Post a Comment